Makluman penutupan sementara bangunan KHEU

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 SEPT – Jabatan Majlis Ugama Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) memaklumkan bahawa bagi mengambil langkah berjaga-jaga dan untuk keselamatan warga jabatan dan orang ramai, premis-premis jabatan berkenaan di Bangunan Utama serta Bangunan Tambahan KHEU, Jalan Menteri Besar ditutup buat sementara waktu selama dua minggu bermula hari ini.

Walau bagaimanapun, menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, jabatan itu akan terus beroperasi secara dalam talian. Sehubungan itu, sebarang urusan atau pertanyaan boleh dibuat menerusi talian hotline ke nombor-nombor atau e-mel yang ditetapkan. Bagi urusan-urusan pengambilan sijil atau permit halal, wakaf dan Baitulmal, permohonan tauliah dan mengajar agama boleh menghubungi talian 8131087 dan e-mel muib@mora.gov.bn.
Bagi urusan-urusan kutipan dan agihan zakat boleh menghubungi talian 8292526 dan e-mel pentadbiran.bakaz@mora.gov.bn.

Sementara itu, bagi Urus Setia PROPAZ, boleh menghubungi talian, 8222526 dan e-mel propaz.mora@gmail.com.

Kenyataan menyatakan bahawa sebarang kesulitan yang dihadapi adalah dikesali dan Jabatan Majlis Ugama Islam memohon maaf mengenainya.