Friday, February 14, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara jalan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JAN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya bahawa Jalan Selangan-Bokok, Kampung Belais, Daerah Temburong ditutup sementara bermula hari ini, 23 Januari sehingga kerja-kerja membersihkan tanah susur di lokasi berkenaan selesai.

    Dalam hubungan itu, Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk merancang penjalanan dan menggunakan jalan alternatif. Mereka yang mempunyai sebarang aduan mengenai jalan raya atau jambatan, boleh menghubungi Talian Darussalam 123.

    Kawasan jalan yang ditutup sementara. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda