Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Makluman penutupan sementara jalan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JAN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jambatan Sungai Kuru, Lebuh raya Tutong-Telisai bermula esok hingga 10 Januari.

    Menurut JKR, penutupan yang bermula pukul 8:30 pagi hingga 5 petang itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja penurapan asfalt di jalan ke jambatan berkenaan.

    Sehubungan itu, dalam kenyataan yang dikeluarkan, jabatan itu menasihatkan para pengguna jalan tersebut untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati di kawasan berkenaan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Peta menunjukkan lokasi penutupan sementara jalan di Jambatan Sungai Kuru, Lebuh raya Tutong-Telisai. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...