Oleh Sim Y.H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 FEB – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara jalan di Jalan Singa Menteri, Kuala Belait bermula 25 hingga 28 Februari dari pukul 8:30 pagi hingga pukul 5:30 petang.
Penutupan sementara jalan berkenaan adalah untuk memberikan ruang kepada pihak UNN bagi melaksanakan kerja-kerja meroboh struktur UNN.
Dalam hubungan itu, para pengguna jalan raya berkenaan dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta sentiasa mematuhi had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.