Makluman penutupan sementara Jalan Bunga Tanjong, Kuala Belait

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan JKR

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 DIS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara jalan di Jalan Bunga Tanjong, Kuala Belait bermula esok, pukul 8 pagi, bagi tempoh seminggu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, JKR menjelaskan bahawa penutupan sementara jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan paip pembetung yang pecah dan rosak di jalan berkenaan dapat dilaksanakan.

Sehubungan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan raya tersebut untuk menggunakan jalan raya alternatif di kawasan berkenaan.

Selain itu, para pengguna jalan raya juga diingatkan untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan mematuhi had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan boleh menghubungi pihak JKR melalui Talian Darussalam 123, Livechat 8333123 ataupun e-mel pro@pwd.gov.bn.