Makluman penutupan sementara jalan raya

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OKT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya bahawa sepenuh jalan di beberapa tempat jalan susur keluar dari atau masuk menuju ke Lebuhraya Muara-Tutong dan Jalan Penghubung Berakas akan ditutup sementara bermula esok (2 Oktober) hingga 5 Oktober dari 8 pagi hingga 2 petang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan JKR, penutupan sementara berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja melapis semula aspal di kawasan-kawasan berkenaan dilaksanakan.

Sehubungan dengan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan raya tersebut untuk menggunakan jalan alternatif yang terdapat di kawasan berkenaan.

Selain itu, para pengguna jalan raya juga diingatkan untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan mematuhi had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat Talian Darussalam 8333123 ataupun e-mel kepada [email protected]

Kawasan-kawasan jalan susur keluar dari / masuk menuju ke Lebuhraya Muara-Tutong dan Jalan Penghubung Berakas di mana kerja-kerja melapis semula aspal akan dilaksanakan bermula hari ini. – Gambar serahan JKR