Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Makluman penutupan sementara jalan raya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OKT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai mengenai penutupan sementara jalan raya menuju ke penurunan perahu Jalan Sungai selama tiga hari mulai hari ini pukul 8:30 pagi.

    JKR dalam kenyataan yang dikeluarkan, menjelaskan bahawa penutupan sementara jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan raya yang rosak dan tidak rata di jalan berkenaan.

    Sehubungan itu, pihak jabatan mengingatkan para pengguna jalan raya supaya akan dapat mengambil langkah untuk lebih berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, WhatsApp Talian Darussalam 8333123 ataupun e-mel kepada pro@pwd.gov.bn.

    Peta menunjukkan lokasi kerja-kerja pembaikan jalan raya yang dijalankan selama tiga hari. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...