Makluman penutupan sementara sebahagian jalan di lebuh raya

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 SEPT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara sebahagian lorong jalan di Lebuhraya Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah bermula hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan JKR, penutupan jalan berkenaan yang dilaksanakan secara berperingkat adalah bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan precast culvert dapat dilaksanakan di kawasan berkenaan.

Sehubungan dengan itu, pihak jabatan menasihatkan para pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan mematuhi had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak
diingini.

Sebarang aduan, orang ramai bolehlah menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat 8333123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel [email protected]

Penutupan jalan berkenaan akan dijalankan secara berperingkat. – Gambar serahan JKR