Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JULAI – Separuh jalan di Lebuh raya Sultan Hassanal Bolkiah dan Jalan Penghubung Menglait yang ditutup sementara bermula 24 Jun lalu akan dilanjutkan hingga kerja-kerja selesai dilaksanakan.
Menerusi kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan hari ini, penutupan itu disebabkan kerja-kerja penurapan aspal jalan raya di jalan-jalan tersebut.
Sehubungan itu, pihak jabatan menasihatkan para pengguna lebuh raya untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.
Sebarang aduan, orang ramai boleh hubungi Talian Darussalam 123, Livechat Talian Darussalam 8333123 ataupun e-mel pro@pwd.govbn.