Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Makluman penutupan sementara separuh jalan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JAN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai mengenai penutupan sementara separuh jalan di beberapa kawasan lebuh raya di Daerah Tutong dan Belait.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, JKR menjelaskan bahawa penutupan sementara berkenaan adalah bagi kerja-kerja pembaikan jalan yang rosak.

    Pada 30 Januari, penutupan sementara dilaksanakan di Persimpangan Isyarat JT1 iaitu Lebuhraya Muara-Tutong / Jalan Basong / Tutong Kem.

    Sementara, pembaikan jalan turut dijalankan di Persimpangan Lampu Isyarat JT2 iaitu Lebuhraya Tutong-Telisai / Jalan Enchi Awang / Jalan Sungai Besar pada 31 Januari.

    Semua kerja pembaikan jalan berkenaan akan bermula pukul 8:30 malam hingga 5 pagi, tertakluk kepada keadaan cuaca.

    Kenyataan turut mengongsikan bahawa penutupan sementara juga akan dilaksanakan di Jambatan Lebuhraya Lumut-Belait berdekatan STKRJ Lorong 3 Selatan bermula besok hingga 10 Februari nanti, bermula 8:30 pagi hingga 5 petang.

    Peta menunjukkan lokasi penurapan aspal di Jambatan Lebuhraya Lumut-Belait berdekatan STKRJ Lorong 3 Selatan. – Gambar serahan JKR
    Peta menunjukkan lokasi kerja-kerja pembaikan jalan di Persimpangan Isyarat JT1 dan JT2. – Gambar serahan JKR

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...