Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Makluman penutupan sementara separuh jalan di Jambatan SHOAS

    BANDAR SERI BEGARAN, 10 FEB – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di beberapa lokasi di Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS) hala Kota Batu dan hala Temburong.

    Pada hari ini, penutupan bermula 9:30 malam sehingga 5 pagi dan esok (11 Februari), bermula 2:30 petang sehingga 7:30 malam.

    JKR menjelaskan, penutupan sementara berkenaan adalah bagi kerja-kerja pemasangan projek Variable Message Signs (VMS) di beberapa lokasi di jambatan berkenaan.

    Sehubungan itu, pihak JKR menasihatkan para pengguna untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui jambatan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan mematuhi had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Peta menunjukkan lokasi kerja-kerja pemasangan projek VMS di sepanjang Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...