Makluman penutupan separuh jalan

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 NOV – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Selapon KM7.3 dari Jalan Labu Junction; di antara Simpang 729 dan Simpang 741, secara berperingkat.

Penutupan berkenaan yang akan berjalan selama sebulan bermula esok (17 November) adalah bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan kalbat baharu di jalan berkenaan secara berperingkat dapat dilaksanakan.

Sehubungan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat 8333123 atau e-mel pro@pwd.gov.bn.

Peta menunjukkan lokasi penutupan jalan raya berkenaan. – Gambar serahan JKR