Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di sebahagian Lebuhraya Muara-Tutong, selepas Jejambat Meragang hingga Berakas Interchange-Hala Tutong bermula 7 Mac hingga 20 Mac bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang.
Kenyataan menyatakan lagi bahawa penutupan sementara separuh jalan di sebahagian jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dan melapis semula lapisan aspal baharu dapat dilaksanakan.
Sehubungan dengan itu, JKR ingin mengingatkan para pengguna lebuh raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping tanda-tanda lalu lintas dan mematuhi had laju yang dibenarkan demi mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini.
Bagi sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat Talian Darussalam 123 (+673 8333123) atau menghantar e-mel ke pro@pwd.gov.bn.