Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Makluman penutupan separuh jalan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 APRIL – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan ingin memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di beberapa lokasi sepanjang Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS), hala Kota Batu dan hala Temburong bermula hari ini sehingga 30 April mulai jam 8 pagi sehingga 4 pagi hari berikutnya.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JKR, di sini hari ini, penutupan sementara separuh jalan di jambatan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dapat dilaksanakan.

    Sementara itu, pihak JKR juga memaklumkan penutupan sementara separuh jalan di Jalan Lumapas, berhampiran persimpangan Jalan Lumapas/Jalan Junjongan pada 5 April bermula 7 pagi bagi sehari.

    Ini adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan berkenaan dapat dilaksanakan.

    Sehubungan dengan itu, pihak JKR ingin menasihatkan kepada para pengguna jambatan tersebut untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan berkenaan di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak JKR melalui Talian Darussalam 123 atau Livechat Talian Darussalam 8333123 ataupun e-mel ke pro@pwd.gov.bn.

    Peta menunjukkan lokasi penutupan sementara separuh jalan di Jalan Lumapas berhampiran persimpangan Jalan Lumapas/Jalan Junjongan bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan.- Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...