Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 APRIL – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan orang ramai mengenai penutupan sementara separuh jalan di Pusing Keliling Jalan Perdana Menteri, berdepanan Jabatan Perdana Menteri.
Penutupan sementara itu mula dilaksanakan pada hari ini hingga 23 April bermula pukul 10 malam hingga 5 pagi hari berikutnya.
JKR menjelaskan bahawa penutupan berkenaan adalah untuk memberi ruang kepada pihak RTB untuk melaksanakan kerja-kerja pemasangan kabel fibre optic di kawasan berkenaan.
Dalam kenyataan berasingan, JKR turut memaklumkan mengenai penutupan sementara separuh jalan di simpang 150, Jalan Jame’Asr, kawasan Komersial Kampung Kiulap bagi kerja-kerja penurapan aspal jalan di lokasi berkenaan.
Kenyataan menjelaskan, penutupan bermula esok dari pukul 8 malam hingga kerja-kerja selesai dilaksanankan.
Sehubungan itu, JKR mengingatkan para pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan-kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.
