Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Makluman penutupan separuh jalan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OGOS – Separuh jalan di Lebuh raya Muara-Tutong (hala Muara) di kawasan KM 20.3 akan ditutup sementara esok, 20 Ogos dan kawasan KM 17.3 pada 21 Ogos bermula pukul 8 pagi sehingga pukul 5:30 petang.

    Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataannya hari ini memaklumkan orang ramai mengenai penutupan separuh jalan berkenaan adalah untuk membolehkan kerja-kerja pembaikan dan penurapan lapisan aspal dapat dilaksanakan.

    Pihak jabatan menasihatkan para pengguna lebuh raya tersebut untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping

    mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123 atau Livechat Talian Darussalam 8333123 ataupun e-mel pro@pwd.gov.bn.

    Peta menunjukkan lokasi kerja-kerja pembaikan dan penurapan lapisan aspal akan dijalankan. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...