BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OGOS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Kubah Makam Diraja, berdekatan tempat letak kereta Kampung Tamoi bermula 7 Ogos ini dari 7:30 pagi hingga 7 malam.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, JKR menjelaskan bahawa penutupan berkenaan adalah untuk membolehkan kerja-kerja pembaikan kalbat di jalan berkenaan dapat dilaksanakan.
Sehubungan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.
Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat Talian Darussalam 8333123 ataupun e-mel kepada pro@pwd.gov.bn.