BANDAR SERI BEGAWAN, 14 MAC – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan mengenai penutupan sementara separuh jalan di KM 6.7, Lebuh raya Muara-Tutong hala Muara bagi kerja-kerja mengganti kalbat lama yang rosak di kawasan berkenaan.
Menurut JKR, penutupan sepa-ruh jalan berkenaan akan bermula 16 Mac ini sehingga kerja-kerja selesai dijalankan.
Sehubungan itu, pihak jabatan mengingatkan para pengguna lebuh raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.
Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat 8333123 ataupun e-mel kepada pro@pwd.gov.bn.