Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 4 APRIL – Jaba-tan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memaklumkan mengenai perubahan waktu perkhidmatan kaunter dan perkhidmatan pendermaan darah sepanjang bulan Ramadan ini.
Ia bagi kaunter-kaunter di Bahagian Pengambilan Darah dan Pusat Penerimaan Spesimen serta perkhidmatan pendermaan darah di Pusat Pendermaan Darah dan tabung-tabung darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Hospital Suri Seri Begawan (SSB), Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB) dan Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam (PIHM).
Kenyataan menyatakan bahawa waktu operasi kaunter-kaunter perkhidmatan di bahagian-bahagian di Jabatan Perkhidmatan Makmal berkenaan adalah Isnin hingga Sabtu di mana bagi perkhidmatan pengambilan darah di kesemua hospital serta bagi Pusat Penerimaan Spesimen di Hospital RIPAS adalah dari 8 pagi hingga 1:45 petang. Bagi Perkhidmatan Pendermaan Darah di Hospital RIPAS, Hospital SSB dan Hospital PIHM pula dari pukul 8 pagi hingga 1 petang.
Perkhidmatan pendermaan darah di Hospital PMMPMHAMB pula masih ditutup hingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Kaunter-kaunter perkhidmatan ditutup pada setiap Jumaat dan Ahad.
Manakala itu, bahagian-bahagian makmal yang beroperasi 24 jam akan mengekalkan perkhidmatan-perkhidmatan seperti biasa.
Di samping itu, Pusat Pendermaan Darah di Hospital RIPAS akan melanjutkan waktu perkhidmatan pada sebelah malam iaitu dari pukul 8 malam hingga 10 malam di mana pada 5 April.