Sunday, January 26, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman tekanan air rendah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 APRIL – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutama penduduk kawasan Kampung Lumapas, Kampung Rimba, RPN Rimba, STKRJ Rimba, Perpindahan Kampung Lambak Kanan, Kampung Kiarong dan sekitarnya bahawa tangki-tangki di kawasan tersebut masih di tahap paras rendah dan belum dapat membekalkan air seperti biasa disebabkan kekeruhan sumber air mentah di Sungai Tutong yang memerlukan proses rawatan yang lebih lama.

    Walau bagaimanapun, tangki-tangki terbabit sedang dalam proses peningkatan dan bekalan air kepada orang ramai akan beransur pulih apabila paras air di tangki-tangki tersebut berada di tahap yang memuaskan, kecuali bekalan air ke kawasan-kawasan tinggi yang mana akan mengambil lebih masa.

    JKR dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, memberi jaminan kepada orang ramai bahawa setiap langkah telah diambil untuk menangani bekalan air rendah tersebut dan pihak jabatan berusaha untuk melaksanakan pembekalan air kembali seperti biasa secepat mungkin.

    Jabatan tersebut juga memohon kerjasama semua pihak untuk berjimat cermat dalam penggunaan air serta menghubungi talian Darussalam 123 bagi pembekalan air bersih melalui tanker atau sebarang aduan berhubung pembekalan air bersih.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda