Makluman waktu perkhidmatan kaunter

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OGOS – Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi memaklumkan bahawa beberapa perkhidmatan di jabatan-jabatan dan agensi serta pihak berkuasa di bawahnya akan dihadkan atau ditutup sementara bermula hari ini (9 Ogos) sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, kementerian berkenaan menjelaskan bahawa bagi Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), waktu perkhidmatan kaunter pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu adalah dari 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3 petang (tertakluk kepada jenis perkhidmatan dan kaedahnya) manakala itu, pada Jumaat ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Pos kawalan pula akan dibuka setiap hari dari 6 pagi hingga 3 petang termasuk hari kelepasan awam. Kenyataan menjelaskan lanjut bahawa bagi perkhidmatan pembaharuan lesen memandu (DL) dan lesen kenderaan (VL), semua permohonan adalah melalui TD123, TransportBN dan laman sesawang GOV.BN (e-Darussalam) manakala itu, walk in dan QueUP ditiadakan.

Bagi pembaharuan DL untuk pemohon yang berumur 70 tahun ke atas pula boleh dibuat sama ada secara walk in atau melalui TD123. Bagi yang memohon melalui TD123, temu duga akan diadakan semasa tarikh pembayaran dan pengambilan.

Permohonan baharu DL, DL Sementara, Endose DL, Ujian Highway Code dan Memandu Jalan Raya pula ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Manakala itu, waktu menerima pembayaran bagi tanda pengenalan kenderaan (NomborKu) adalah dari 8 pagi hingga 11:30 pagi pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu.

Bagi perkhidmatan pendaftaran, running number, gantung, holding, serah, tukar milik, loan dan cease loan pula boleh dibuat menggunakan kaedah Drop, Pay & Collect dengan drop pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu dari 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3 petang, manakala itu, pay dan collect pula dari 8 pagi hingga 11:30 pagi sahaja.

Kementerian turut memaklumkan bahawa sekolah memandu di kesemua daerah akan ditutup serta merta selama dua minggu dengan pembelajaran teori dan praktikal memandu ditiadakan. Peperiksaan Ujian Kod Undang-Undang Jalan Raya dan Ujian Kelayakan Memandu di Jalan Raya juga akan ditangguhkan.