Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maklumat peluang ceburi perniagaan di Seria esok

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mei – Orang ramai yang berminat menceburi bidang keusahawanan dan pengusaha sedia ada dialu-alukan untuk menghadiri Hari Terbuka Perusahaan (EOD) Darussalam Enterprise (DARe) pada 19 Mei ini di Pusat Insani, Seria, untuk mengetahui mengenai inisiatif-inisiatif dan sokongan kerajaan bagi perniagaan.

    DARe dalam kenyataannya menyatakan bahawa lebih 30 agensi kerajaan dan institusi kewangan akan menyertai acara berkenaan di mana kakitangan mereka akan menyediakan konsultasi kepada komuniti mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan perniagaan dari jam 9 pagi hingga 11:30 pagi dan 2:30 petang hingga 5 petang.

    Meja Bantu Perniagaan DARe juga akan disediakan untuk memasukkan isu-isu dan perniagaan daripada perniagaan-perniagaan, dengan pegawai-pegawai dedikasi ditugaskan untuk menyiasat setiap kes.

    Di samping itu, menurut kenyataan itu lagi, taklimat-taklimat juga akan diadakan, bermula dengan pembentangan mengenai Wawasan Brunei 2035 pada pukul 9:30 pagi, diikuti taklimat pukul 10 pagi mengenai prosedur mendapatkan sijil halal oleh Bahagian Kawalan Makanan Halal di bawah Kementerian Hal Ehwal Ugama.

    Perniagaan-perniagaan yang ingin mempelajari mengenai pelabelan nutrien dan bagaimana menguji tempoh simpan produk-produk mereka pula boleh mendengarkan taklimat oleh Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan pada pukul 10:30 pagi.

    Pukul 3 petang pula, Pejabat Harta Intelektual Brunei akan menjelaskan mengenai bagaimana dan kenapa perniagaan-perniagaan patut mendaftarkan paten, tanda dagangan, reka bentuk perindustrian dan plant varieties protection (PVP).

    DARe juga akan menjelaskan mengenai Akademi Perniagaan Industri (IBA), program pembangunan kapasiti untuk menyediakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan pengetahuan yang mereka perlukan untuk memulakan, mengembangkan dan mengeksport produk-produk dan perkhidmatan mereka.

    Ini termasuk kelas-kelas mengenai produktiviti, pengurusan kewangan, pemasaran, khidmat pelanggan, pentadbiran korporat dan keupayaan HR.

    Agensi-agensi yang terlibat termasuk Unit Ease of Doing Business, Pendaftaran Nama-nama Syarikat dan Perniagaan, Bahagian Hasil, Pusat Kebang-saan E-Kerajaan, Jabatan Perkhidmatan Elektrik, Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Buruh, Jabatan Imigresen, JobCentre Brunei, Bahagian Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Bandaran, Jabatan Daerah Belait, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan (Sijil Keasalan), Pihak Berkuasa Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan, Jabatan Tanah, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Bahagian Perniagaan dan Agrimakanan, OneBiz, Sekretariat Ekspo dan Pameran Perdagangan, Tabung Amanah Pekerja dan Autoriti Monetari Brunei Darussalam.

    Kenyataan itu menjelaskan, EOD merupakan inisiatif berterusan DARe yang diadakan di keempat-empat daerah untuk memberikan maklumat terkini kepada orang awam mengenai komuniti perniagaan yang memerlukan resolusi sesuai dan untuk mewujudkan kesedaran mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan dan sektor swasta bagi komuniti perniagaan Brunei Darussalam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda