Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Makmal Denmark bekal 1.5 juta vaksin cacar monyet

    COPENHAGEN, 19 JULAI – Syarikat Denmark, Bavarian Nordic, satu-satunya makmal pembuatan vaksinasi bersijil untuk mengekang cacar monyet, berkata hari ini mengenai negara Eropah yang tidak didedahkan namanya telah memesan sebanyak 1.5 juta dos.

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru untuk menjalankan usaha bersungguh-sungguh untuk melawan jangkitan ketika jumlah kes semakin meningkat, terutamanya di barat Eropah.

    Bavarian Nordic berkata penghantaran ke negara berkenaan akan bermula tahun ini menurut perjanjian tetapi majoriti dos itu akan dihantar menjelang tahun depan.

    Pada minggu lalu, syarikat pembuat ubat itu mengumumkan bahawa ia telah menerima pesanan tambahan sebanyak 2.5 juta dos untuk dihantar ke Amerika Syarikat (AS).

    Vaksin berkenaan dipasarkan di bawah nama Jynneos di AS dan Imvanex di Eropah.

    Pada Jun lalu, jawatankuasa pakar kecemasan WHO membuat keputusan bahawa cacar monyet tidak memenuhi ciri-ciri untuk membentuk apa yang dipanggil sebagai Kecemasan Kesihatan Awam di peringkat antarabangsa – salah satu tanda amaran tertinggi yang dikeluarkan oleh WHO.

    Namun pada minggu lalu, WHO berkata ia akan mengadakan persidangan semula bersama jawatankuasa pada 21 Julai ini.

    Para pakar telah mengesan lonjakan kes awal Mei lalu di negara Barat dan Afrika Tengah, di mana penyakit itu sudah lama dikategorikan sebagai endemik.

    Cacar monyet, satu jangkitan yang menyamai seperti cacar biasa dan kali pertama dikesan pada 1970 dalam tubuh manusia, kurang berbahaya dan berjangkit berbanding cacar biasa, yang berjaya dibendung pada 1980. – AFP

    Bavarian Nordic terima pesanan 1.5 juta vaksin cacar monyet dari negara Eropah. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...