Makmal vaksin bocor, ribuan dijangkiti bakteria

BEIJING, 18 SEPT – Ribuan orang di barat laut China telah diuji positif dijangkiti penyakit bakteria selepas satu kebocoran dari kilang biofarmaseutikal yang menghasilkan vaksin haiwan pada tahun lalu.

Pegawai kesihatan di bandar Lanzhou berkata 3,245 orang telah dijangkiti brucellosis, penyakit yang sering berpunca daripada kontak rapat dengan haiwan dijangkiti atau produk haiwan yang boleh menyebabkan demam, sakit sendi dan sakit kepala.

Seramai 1,401 orang lagi diuji positif untuk penyakit itu, dan pihak berkuasa kesihatan berkata tidak adanya bukti mengenai jangkitan orang-keorang setakat ini.

Pihak berkuasa China mendapati kilang biofarmaseutikal itu telah menggunakan disinfektan yang luput tempohnya dalam penghasilan vaksin Brucella untuk haiwan di antara Julai dan Ogos tahun lalu, bermakna bakteria tidak dibasmi dalam ekzos kilangnya.

Gas yang tercemar dari Kilang Biofarmaseutikal Lanzhou Haiwan China di Lanzhou membentuk aerosol yang mengandungi bakteria, dan ia dibawa oleh angin ke Institut Penyelidikan Veterinar Lanzhou, menjangkiti hampir 200 orang di sana pada Disember tahun lalu. – AFP