Oleh Sim Y. H.
Gambar oleh MD
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MAC – Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli) telah mengadakan Festival Bahasa Inggeris yang berlangsung di Auditorium Maktab Duli, Gadong, kelmarin.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Maktab Duli, festival selama dua hari yang dianjurkan oleh Jabatan Bahasa Inggeris sebagai sebahagian daripada inisiatif pengayaan pelajar membawa tema ‘Outside Looking’ itu, dirasmikan oleh Timbalan Pengetua Maktab Duli, Dayang Sahrulbariah binti Haji Sulaiman.
Semasa acara itu, para guru dan pelajar berpeluang untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah undangan iaitu Profesor Tambahan di Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat, Universiti Brunei Darussalam, Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos.
Semasa festival yang berlangsung dua hari itu, para pelajar diberikan peluang untuk menghadiri pameran, ceramah dan bengkel yang dikendalikan oleh 27 buah agensi dan profesional daripada sektor kerajaan dan swasta.
Menerusi acara itu, ia memberikan peluang kepada pada pelajar untuk belajar dan menimba ilmu pengetahuan terkini serta kemahiran daripada pakar dalam pelbagai bidang dan untuk berinteraksi secara langsung dengan mereka.

