Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Maktab Duli buka pendaftaran pelajar baharu

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar Serahan Maktab Duli

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 FEB – Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli) telah membuka pendaftaran bagi pelajar baharu Enam Bawah selama tiga hari sesi persekolahan bermula kelmarin sehingga 7 Februari.

    Pendaftaran dibuat dalam dua sesi iaitu pagi dan petang di beberapa lokasi di maktab berkenaan seperti gimnasium kolej, dewan makan dan pusat kecergasan. Borang pendaftaran dikumpulkan di gimnasium dan sesi konsultasi bagi mata pelajaran oleh pensyarah maktab diadakan di gimnasium dan dewan makan.

    Manakala itu, pusat kecergasan pula merupakan tempat untuk mendapatkan permohonan asrama dan menjadi tempat penyerahan borang pendaftaran untuk mendaftar di maktab berkenaan.

    Sesi pendaftaran dilaksanakan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang memerlukan pelajar, ibu bapa dan penjaga menjalankan pemeriksaan suhu, mengimbas kod BruHealth dan telah mendapatkan dua dos vaksinasi sebelum memasuki maktab.

    Antara pelajar yang mendaftar untuk sesi baharu di Maktab Duli.
    Pelajar dan ibu bapa semasa sesi konsultasi bersama pensyarah maktab.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...