Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Maktab Duli lantik ahli MPP baharu

    Gambar serahan Maktab Duli

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 APRIL – Ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Tahun 2022/2023 Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli) telah menerima surat lantikan mereka pada majlis pelantikan yang berlangsung di Pusat Perkhidmatan Pembelajaran Pelajar, Maktab Duli, Gadong pada 14 April lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Maktab Duli, di sini, majlis dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar maktab berkenaan dihadiri oleh Pengetua Maktab Duli, Dayangku Hajah Nooramaliatifah binti Pengiran Haji Ahmad.

    Turut hadir ialah Timbalan Pengetua Pentadbiran, Dayangku Zalina binti Pengiran Haji Aliuddin dan Pemangku Timbalan Pengetua Akademik, Dr Mohd Zamri bin Ismail.

    Pada majlis berkenaan, Dayangku Hajah Nooramaliatifah dalam ucapannya menyatakan bahawa ahli-ahli MPP berkenaan merupakan suara pelajar-pelajar di maktab berkenaan.

    Mereka bukannya hanya berfungsi sebagai badan yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh pihak maktab, ulasnya lagi, tetapi mereka bertindak sebagai jambatan yang menghubungkan para pelajar dengan autoriti sekolah.

    MPP bagi tahun 22/23 dengan Ketua MPP 22/23, Awang Ahmad ‘Aliyuddin@Abdul Aziz bin Haji Mat Dini, mempunyai sembilan buah jawatankuasa eksekutif iaitu Majlis Pelajar, Majlis Pelajar Islam, Jawatankuasa Eksekutif Perhubungan Awam, Jawatankuasa Eksekutif Fotografi, Jawatankuasa Eksekutif Akademik, Jawatankuasa Eksekutif Rekreasi dan Sukan, Jawatankuasa Eksekutif Sistem Makluman Awam, Jawatankuasa Eksekutif Pertolongan Kecemasan dan Jawatankuasa Eksekutif Media Sosial dan Rekaan Kreatif.

    Ia menjadi satu kelaziman dalam maktab itu untuk mempunyai mentor yang dilantik bagi mengasuh dan membimbing MPP sebagai pemimpin masa hadapan dengan kualiti serta nilai yang diterapkan oleh maktab itu.

    Awang Ahmad ‘Aliyuddin@Abdul Aziz menyampaikan ucapan pada majlis berkenaan.
    Dayangku Hajah Nooramaliatifah menyampaikan surat lantikan kepada ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar 22/23 yang baru dilantik.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...