Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Maktab Duli rai pelantikan MPP 23/24

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Maktab Duli

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MEI – Ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Tahun 2023/2024 Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli) telah diraikan dalam Majlis Pelantikan MPP 23/24 yang berlangsung di Pusat Perkhidmatan Pembelajaran Pelajar, Maktab Duli, Gadong pada 13 Mei lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Maktab Duli, di sini, majlis yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar berkenaan dihadiri oleh Pengetua Maktab Duli, Dayangku Hajah Nooramaliatifah binti Pengiran Haji Ahmad.

    Turut hadir ialah Guru Kanan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Dayang ‘Alya Iwanina binti Haji Abu Bakar, pasukan pentadbiran serta mentor-mentor MPP.

    Pada majlis berkenaan, Dayangku Hajah Nooramaliatifah dalam ucapannya menyatakan bahawa ahli-ahli MPP merupakan suara pelajar-pelajar di maktab berkenaan.

    Beliau merakamkan perasaan gembira bahawa ahli-ahli MPP telah menunjukkan kualiti kepimpinan yang cemerlang serta yakin bahawa mereka akan menjadi pemimpin masa hadapan karismatik yang bukan sahaja bijak dari segi akademik tetapi akan menjadi warga dinamik dan contoh dalam memperoleh nilai-nilai holistik.

    Pada masa yang sama, beliau menyatakan harapan ahli-ahli MPP 23/24 akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan baik sambil menegakkan nilai-nilai maktab berkenaan.

    Dayangku Hajah Nooramaliatifah dan Dayang ‘Alya Iwanina juga menyatakan penghargaan kepada bekas Yang Di-Pertua, Awang Ahmad ‘Aliyuddin@ Abdul Aziz bin Haji Mat Dani dan MPP 22/23 atas segala usaha, kerja keras, dedikasi, ketaatan dan komitmen mereka dalam menyiapkan segala amanah serta tugas mereka.

    MPP 2023/2024 akan diketuai oleh Yang Di-Pertua, Awang Ahmadi Shadi bin Azri Haneef dengan dibantu oleh Naib Yang Di-Pertua 1, Awang Muhammad Ibnu Qasya bin Awang Mohammad Sabri dan Naib Yang Di-Pertua 2, Koh Wi Wien.

    Ia menjadi satu kelaziman dalam maktab itu untuk mempunyai mentor yang dilantik bagi mengasuh dan membimbing MPP sebagai pemimpin masa hadapan yang berkualiti.
    nilai yang diterapkan oleh maktab itu.

    Dayangku Hajah Nooramaliatifah semasa menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.
    Awang Ahmadi Shadi selaku Yang Di-Pertua MPP23/24 yang baharu dilantik ketika menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.
    Dayang ‘Alya Iwanina bergambar ramai bersama bekas Yang Di-Pertua MPP dan Awang Ahmadi Shadi yang baharu dilantik pada majlis tersebut.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...