Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Maktab Duli terima 123 komputer riba

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MAC – Sebanyak 123 unit komputer riba telah diterima oleh Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli) di mana pengagihan komputer riba kepada para tutor di maktab berkenaan telah diadakan selama empat hari bermula 7 hingga 10 Mac yang berlangsung di Makmal ICT 1 dan Bangunan Sains, Maklumat dan Teknologi (SIT).

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Maktab Duli, di sini, menyatakan bahawa peruntukan komputer riba dan data Internet bagi tutor dan pelajar-pelajar kurang bernasib baik merupakan sebuah projek di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama di mana ia merupakan projek pinjaman selama tiga tahun.

    Matlamatnya adalah untuk menyokong guru-guru dan pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam talian di mana pengaktifan data Internet akan bermula pada 1 April nanti.

    Pengetua Maktab Duli, Dayangku Hajah Nooramaliatifah binti Pengiran Haji Ahmad berasa amat bersyukur bahawa tempoh pengagihan kepada tutor untuk mengambil komputer riba berkenaan adalah bersamaan dengan pengumuman bahawa pembelajaran atas talian di rumah pelajar-pelajar bermula dari 7 Mac hingga 19 Mac.

    Beliau juga menyatakan penghargaan kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta pihak-pihak yang berkenaan bagi sokongan dan pengagihan komputer riba berkenaan dan berharap peluang itu akan membantu meningkatkan kualiti pengajaran tutor serta pembelajaran untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik serta efektif.

    Seorang tutor matematik, Dr Ernie Sofinah binti Haji Matzin berkata beliau amat bersyukur bahawa aplikasi berguna bagi pengajaran dan pembelajaran telah dipasang dalam komputer riba serta sokongan yang diberikan telah membolehkan salah seorang ahli keluarganya untuk menggunakan komputer riba peribadi mereka sendiri bagi melakukan pembelajaran atas talian.

    Sementara itu, Ketua Jabatan Ekonomi, Koh Hui Shan menyatakan penyediaan data Internet itu adalah amat diperlukan.

    Komputer riba yang diagih-agihkan kepada para tutor di Maktab Duli, baru-baru ini. – Gambar serahan MD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...