Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Malam gala TBC 2022 dapat sambutan hangat

    BEIJING, 1 FEB – Malam Gala Tahun Baharu Cina (TBC) anjuran Kumpulan Media China (CMG) disiarkan buat tontonan penonton tepat 8 malam Isnin dengan pelbagai kandungan yang unik dan penuh emosi.

    Acara tersebut turut mendapat sentuhan teknologi penglihatan maya seperti realiti lanjutan (XR) dan realiti terimbuh (AR) dalam mempersembahkan kesenian yang mengujakan kepada penonton.

    Malam Gala tersebut ditonton penonton dari dalam dan luar negara, serta turut mendapat pujian secara meluas. Menurut statistik di peringkat permulaan, sehingga 12 tengah malam, purata kadar tontonan siaran TV langsung rancangan mencapai 21.93 peratus.

    Manakala, pengguna dalam kalangan media baharu mencecah 4.93 bilion, sekali gus menyaksikan pertambahan ketara berbanding 2021.

    Tahun ini, penonton diberi pilihan menghayati rancangan tersebut menerusi telefon pintar dengan paparan skrin menegak dan merekodkan tontonan lebih 200 juta kali dengan lebih separuhnya daripadanya merupakan penonton berusia bawah 30 tahun.

    Selain itu, rata-rata warganet turut memberi ulasan yang menggalakkan dan siaran tersebut juga berjaya mendapat sejumlah 360 juta ‘likes’.

    Ia turut disiarkan secara langsung oleh lebih 600 media dari lebih 170 negara dan kawasan.

    Penonton luar negara yang menonton siaran langsung menerusi CNTV dan matriks sosial luar negara CGTN dilaporkan melebihi 35.24 juta penonton, menyaksikan pertambahan sebanyak 16.58 juta penonton.- Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...