Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Malam-malam Maulidur Rasul terus bersemarak

    Oleh Syahmi Hassan, Salawati Haji Yahya, Azlan Othman & James Kon

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OKT – Malam-malam menjelang Sambutan Maulidur Rasul terus disemarakkan dengan majlis-majlis yang diadakan oleh pelbagai pihak termasuk kementerian-kementerian kerajaan di masjid-masjid, surau dan balai ibadah seluruh negara dalam menzahirkan kecintaan terhadap Baginda Rasulullah SAW melalui selawat dan zikir.

    Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan jabatan-jabatan di bawahnya, kelmarin, turut tidak ketinggalan mengadakan majlis dikir di Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, Kampung Sengkarai, Daerah Tutong.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad yang turut memimpin bacaan Surah Al-Fatihah.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Kesukanan) di KKBS, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud dan Setiausaha Tetap (Kebeliaan) di KKBS, Haji Zakaria bin Haji Serudin.

    Majlis juga diselajurkan dengan penyampaian wakaf kepada masjid berkenaan yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi menyampaikan wakaf untuk Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.
    Haji Mohd Yusree (tengah) mengetuai delegasi KSSUP pada majlis dikir di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit.
    Awang Aliuddin menyerahkan wakaf untuk Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.
    Antara yang hadir pada majlis dikir KKBS di Masjid Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.
    Antara yang hadir pada Majlis Ihya Maulidur Rasul bagi Kelas Bimbingan Muslimah Masjid Daerah Tutong di Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel. – Gambar serahan KHEU
    Datin Hajah Nahriah hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Ihya Maulidur Rasul bagi Kelas Bimbingan Muslimah Masjid Daerah Tutong. – Gambar serahan KHEU

    Pada malam ini, Kementerian Pendidikan melalui Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) dan Jabatan Pengurusan Pendidik pula mengadakan Majlis Dikir di Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Mukim Kilanas yang dihadiri oleh seramai 90 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman.

    Majlis turut menyaksikan penyerahan wakaf yang disampaikan oleh tetamu kehormat untuk masjid berkenaan.

    Turut mengadakan majlis seumpamanya malam tadi adalah Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Manggis Madang.

    Delegasi KSSUP diketuai oleh Timbalan Setiausaha Tetap di KSSUP, Haji Mohd Yusree bin Haji Junaidi.

    Dalam pada itu, Majlis Ihya Maulidur Rasul bagi Kelas Bimbingan Muslimah Masjid Daerah Tutong pula telah diadakan di Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Mukim Kiudang, Daerah Tutong, hari ini.

    Majlis merupakan anjuran bersama oleh Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong dan Kelas Bimbingan Muslimah serta ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Mukim Kiudang, Daerah Tutong.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah isteri Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, Datin Hajah Nahriah binti Haji Asbi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...