Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Malam Munajat Khas 1 Okt ini

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) akan menganjurkan Majlis Perhimpunan Malam Munajat Khas pada Sabtu, 1 Oktober ini bermula jam 5:15 petang di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

    Malam Munajat Khas itu adalah sempena genap setahun penganjuran Program Malam Munajat sejak ia pertama kali diadakan pada 18 September 2021 secara maya.

    Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk menghadiri Malam Munajat Khas itu bagi sama-sama menyemarakkan majlis dan mengimarahkan masjid untuk bertaqarrub kepada Allah SWT dengan bermunajat.

    Ia juga boleh diikuti secara maya melalui pautan http://tiny.cc/munajatkheu atau Instagram Pusat Dakwah Islamiah @pdi_kheu.

    KHEU bagaimanapun menasihatkan mereka yang hadir untuk melakukan ujian pantas antigen (ART) sehari atau pada hari majlis berlangsung dan memuatkannya ke aplikasi BruHealth atau menggambarkannya di telefon bimbit mereka.

    Hanya individu dengan ART negatif saja dibenarkan masuk, manakala individu dengan simptom-simptom demam, batuk dan selesema dinasihatkan tidak menghadirinya. Orang ramai juga digalakkan memakai pelitup muka dan disarankan membawa sejadah sendiri.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...