Tuesday, April 16, 2024
31.7 C
Brunei

    -

    Malam munajat panjat kesyukuran

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JULAI – Malam munajat minggu ke-44 diteruskan secara online dengan pengisian Doa Kesyukuran sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 tahun.

    Menyertai majlis anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama itu ialah warga Kementerian Kesihatan dan keluarga mereka serta jemaah dari masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara.

    Hadir pada majlis itu ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan dari Masjid Kampung Sungai Hanching yang turut membacakan Doa Kesyukuran.

    Acara turut diisikan dengan bacaan Sayyidul Istighfar, Surah Yasin dan Doa Munajat. Ia diteruskan dengan tazkirah bertajuk ‘Taat Ulil Amri’ disampaikan oleh Penolong Pensyarah Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Haji Mohammad Khairul Azhar bin Idris dari Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Kampung Kilanas dan diakhiri dengan bacaan zikir taubat.

    Malam munajat mengajak orang ramai bersama-sama memohon keampunan daripada Allah SWT melalui munajat, istighfar, membaca Surah Yasin, berzikir dan merafakkan doa agar terselamat daripada bala bencana dan penyakit COVID.

    Ia diadakan secara langsung pada setiap Sabtu melalui pautan http://tiny.cc/munajatkheu atau mengikuti secara langsung melalui Instagram Pusat Dakwah Islamiah @pdi_kheu.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama bersama jemaah lain pada sesi munajat yang diadakan secara online. – Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...