Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Malam Munajat wanita diteruskan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Malam Munajat telah diteruskan lagi malam tadi bagi minggu ke-52 yang dikhususkan untuk wanita buat kali keempat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Kementerian Pembangunan.

    Turut menyertai Malam Munajat khas wanita itu ialah isteri Menteri Hal Ehwal Ugama, Datin Hajah Nahriah binti Haji Awang Asbi; isteri Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Datin Norazimah binti Haji Ramlee, setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap, para pegawai kanan dan warga kerja wanita KHEU, JPM, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Kementerian Pembangunan.

    Majlis secara maya itu telah dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Setiausaha Tetap (Sekuriti dan Undang-undang) di JPM, Hajah Nor Hashimah binti Haji Mohammed Taib yang diiringi bersama pegawai-pegawai wanita di bawah JPM dari Masjid Ash-Shaliheen.

    Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Yasin yang dipimpin oleh setiausaha-setiausaha tetap di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Pengiran Datin Shazainah binti Pengiran Dato Paduka Shariffuddin, Pengiran Norhashimah binti Pengiran Mohd Hassan dan Hajah Johariah binti Haji Abdul Wahab dari Bilik Sepakat 1, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Doa Munajat pula dibacakan oleh Pegawai Istinbat Kanan, Jabatan Mufti Kerajaan, JPM, Hajah Siti Khadizah binti Haji Emran.

    Acara turut diserikan dengan tazkirah bertajuk ‘Jadilah Wanita yang Dirindui Syurga’ disampaikan oleh Pegawai Perkembangan Ugama, Pejabat Unit Dakwah Daerah Belait, KHEU, Dayang Nurhuwaina binti Mamud.

    Datin Hajah Nahriah turut menyertai Malam Munajat khas untuk wanita, kelmarin – Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...