Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Malam Sastera Islam meriah

Oleh Salawati Haji Yahya
Gambar oleh Adib Noor

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 FEB – Pelbagai acara telah menyemarakkan Malam Sastera Islam, diadakan setiap dua tahun bagi memeriahkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW, yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas, malam tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tahunan dianjurkan Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) itu ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman dan Datin.

Turut hadir ialah Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned dan Datin.

Pengisian acara adalah berkonsep sastera Islam sebagai saranan dakwah kesenian Islam dan memberigakan bukubuku terbitan baharu PDI.

Majlis turut menyaksikan pelancaran enam buah buku baharu yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.

Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama hadir selaku tetamu kehormat pada Malam Sastera Islam berkenaan. Turut hadir ialah Yang Berhormat Mufti Kerajaan.
Yang Berhormat Mufti Kerajaan turut mendeklamasikan sajak pada majlis tersebut.
Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menyempurnakan pelancaran buku-buku baharu terbitan PDI.
Antara yang hadir pada Malam Sastera Islam yang berlangsung di ICC, Berakas.

Ini termasuk buku ‘Pemerintahan Negara Brunei Darussalam menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah’ tulisan Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin, dan ‘Islam Teras Pembangunan’ tulisan Allahyarham Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman.

Turut dilancarkan adalah buku tulisan Dato Seri Setia Ustaz Haji Metussin bin Haji Baki bertajuk ‘Menjana Ekonomi Islam melalui Zakat dan Wakaf’, ‘Himpunan Ayat-ayat Al-Quran dan Hadits mengenai Perubatan’ tulisan Hajah Nazilah binti Haji Kula dan Dayang Latifah binti Haji Ismail, ‘Himpunan Ayat-ayat Al-Quran dan Hadits mengenai Amar Ma’ruf’ tulisan Latifah binti Haji Ismail dan Dayang Nur Rasidah binti Abdul Rahman, dan ‘Himpunan Ayat-ayat Al-Quran dan Hadits mengenai Nahi Mungkar’ tulisan Hajah Nazilah binti Haji Kula dan Dayang Jalijah binti Haji Sabli.

Majlis disemarakkan dengan persembahan deklamasi sajak oleh Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin dan Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz.

Malam Sastera Islam turut diisikan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang Peraduan Penulisan Seni Kreatif dan Non-Kreatif Berunsur Islam sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW tahun 2022, selain penyampaian cenderahati kepada para hakim peraduan dan penulis-penulis buku terbitan baharu PDI yang baharu dilancarkan.

Turut menyerikan majlis berkenaan adalah persembahan Pementasan Drama bertajuk ‘Istidraaj’ daripada Kumpulan Putra Seni, persembahan deklamasi sajak bertajuk ‘Pancaran Iman dan Keinsafan’ oleh Hajah Maisalamah binti Rajab yang merupakan johan Kategori Sajak, Peraduan Penulisan Seni Kreatif dan Non-Kreatif Berunsur Islam sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW 2022.

Acara-acara lain memeriahkan majlis adalah persembahan deklamasi sajak bertajuk ‘Tetap Melangkah’ oleh Pertubuhan Wargamas, dan persembahan puisidra dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Arab bertajuk ‘Guru’ oleh penuntut-penuntut Sekolah Ugama Dato Haji Othman, Kampung Lambak Kiri.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -