Malang Zverev berterusan

ROM, 15 Mei – Bintang Jerman, Alexander Zverev, terkandas keluar dari Terbuka Itali semalam dengan kekalahan 7-5, 7-5 kepada pemain wild card dari Itali, Matteo Berrettini pada pusingan kedua.

“Perlawanan di mana saya bermain dengan teruk,” kata Zverev selepas perlawanan, yang berlangsung selama 1 jam dan 48 minit di atas gelanggang tanah liat Foro Italico.

Zverev, pemenang 2017 dan pemenang kedua di Rom tahun lepas, mempunyai permulaan buruk pada musim gelanggang tanah liat dengan Terbuka Perancis bakal bermula 26 Mei ini.

Pemain berusia 22 tahun itu melepaskan mahkota Terbuka Madrid minggu lepas, kecundang pada suku akhir di Madrid dan Munich masing-masing kepada Stefanos Tsitsipas dan Cristian Garin.

Pemain Jerman itu masih belum memenangi sebarang trofi musim ini dan mencatatkan 4-6 di atas gelanggang tanah liat ketika ini. – AFP

Alexander Zverev membalas pukulan Matteo Berrettini dalam saingan Terbuka Itali. Zverev tewas 7-5, 7-5. – AP