Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Malar Setia anjur latihan kebakaran bangunan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Kebakaran berlaku di tingkat pertama bangunan di Tapak Perindustrian Lambak Kanan dan melibatkan mangsa yang terperangkap.

    Ia merupakan senario Latihan Baris Kebakaran Bangunan yang dilaksanakan oleh Syarikat Perniagaan Malar Setia dan melibatkan seramai 153 orang pegawai dan kakitangannya dengan penyertaan Unit Perhubungan Awam Cawangan Operasi C, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP).

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JBP, di sini, menyatakan setibanya mereka di tempat kejadian, anggota bomba dan penyelamat segera bertindak memadamkan kebakaran dan mencari mangsa terperangkap setelah mendapat maklumat daripada Ketua Marsyal Bomba, Dayang Ummi Atiyah binti Haji Rahman mengenai dengan lokasi serta keberadaan mangsa.

    Latihan berkenaan turut melibatkan Stesen Komander Balai Bomba Lambak Kanan, Pemangku ASFR Yahya bin Haji Mohd Jali, Pegawai Perhubungan Awam Cawangan Operasi ‘C’, SO Haji Kipla bin Haji Angas serta Pengarah Jualan Syarikat Perniagaan Malar Setia, Eric Lim.

    Ia bermatlamat untuk memupuk rasa tanggungjawab dan mengambil berat mengenai aspek keselamatan kebakaran serta mengetahui tatacara yang betul untuk menyelamatkan diri semasa kebakaran.

    Latihan itu dibuat sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi memastikan keberkesanan prosedur yang efektif dan bersistematik.

    JBP menyatakan bahawa jabatan berkenaan ada menyediakan program-program seperti Kursus Life Saver 995, Kursus Marsyal Bomba dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi meningkatkan pengetahuan mengenai aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul penggunaan alat pemadam api.

    Anggota bomba semasa menjalankan Latihan Baris Kebakaran Bangunan yang berlangsung di Tapak Perindustrian Lambak Kanan, baru-baru ini. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...