Friday, February 7, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaria ragut lebih 1,900 nyawa di Sudan Selatan

    JUBA, 16 Julai – Malaria menjadi punca 1,956 kematian di Sudan Selatan, menjadikannya satu daripada punca kematian utama di negara paling baru dunia itu, agensi kemanusiaan PBB mengatakan.

    Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Manusia (OCHA) mengatakan dalam laporan terkininya pada Sabtu bahawa lebih daripada 928,141 kes malaria sudah pun dilaporkan semenjak Januari dan memberi amaran bahawa penyakit bawaan nyamuk itu dijangka meningkat ketika musim hujan mula melanda.

    “Kematian akibat malaria mewakili 76.9 peratus semua penyakit berkaitan kematian direkodkan setakat ini dalam 2017. Mukim-mukim paling teruk terjejas sehingga kini ialah Aweil Utara, Gogrial Barat, Juba, Maban, Torit dan Wau,” menurut PBB.

    Malaria meningkat semasa musim hujan pertengahan tahun ketika nyamuk yang merebakkan penyakit itu, membiak dalam air bertakung.

    Pertubuhan kesihatan mempertingkatkan pencegahan dan respon malaria mereka, dengan pengagihan jaring nyamuk dan penambahan stok ubat antimalaria di kemudahan-kemudahan kesihatan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda