Malawi warta peraturan baharu COVID-19

LILONGWE, MALAWI, 9 OGOS – Malawi hari ini menutup restoran-restoran dan gereja dalam sekatan baharu untuk mengekang penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan, tiga bulan setelah mahkamah menyekat kerajaan daripada mengeluarkan perintah berkurung.

Sejak kes positif pertama pada 2 April, kes yang disahkan hampir dua kali ganda dalam tempoh empat minggu terakhir mencecah lebih 4,624 kes, termasuk 143 kematian.

Malawi tidak dalam perintah berkurung setelah mahkamah pada bulan April menghalang kerajaan untuk melakukan penutupan sepenuhnya kerana pihaknya gagal mengumumkan langkah-langkah pencegahan. – AFP