Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Malayan Tigress berbekalkan taktik baharu ke Kemboja

    SEPANG, 1 MEI – Penampilan skuad Malayan Tigress menentang pasukan World Cup Vietnam di Sukan SEA, Kemboja pada Rabu ini, dipersiapkan dengan taktikal baharu oleh Ketua Jurulatihnya, Soleen Al-Zoubi.

    Soleen yang berpuas hati dengan taktikal baharu yang dipamerkan anak buahnya sepanjang kem latihan optimis skuad itu sudah bersedia menentang skuad gergasi Vietnam.

    “Hampir semuanya lengkap, kami sentiasa boleh menambah baik, beberapa taktikal yang kami lakukan, semuanya baik-baik saja.

    “Sejujurnya, kebanyakan pasukan masih muda, mereka menyerap segala-galanya dan mematuhi semua arahan, mereka melakukannya dengan sangat baik, dari segi arahan taktikal saya gembira, mereka mempunyai pengalaman bertarung yang baik,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang An-tarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

    Sementara itu, kapten pasukan Steffi Sarge Kaur berkata jurulatih daripada Jordan itu turut memberi sentuhan latihan lebih moden sekali gus memberi keyakinan tinggi buat Malayan Tigress untuk berentap menentang Vietnam. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...