Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Malayan Tigress perlu tajamkan jentera serangan – Jacob

    KUALA LUMPUR, 5 JULAI – Pasukan bola sepak wanita kebangsaan Malaysia perlu memperkuatkan barisan serangan menjelang aksi kedua Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Wanita 2022 menentang Indonesia, hari ini.

    Selepas terikat tanpa jaringan dengan Singapura pada aksi sulung semalam, Ketua Jurulatih Skuad Wanita Kebangsaan Malaysia, Jacob Joseph menggesa anak buahnya untuk mempertajamkan jentera serangan dengan segera pada aksi Kumpulan A di Manila, Filipina.

    Ia berikutan skuad Malaysia masih buntu mencipta kemenangan selepas dibelasah 6-0 dan terikat tanpa jaringan ketika menentang Bangladesh pada aksi persahabatan di Dhaka, baru-baru ini.

    Jacob pada masa sama, mengakui skuad Indonesia tampak lebih bersedia ketika perlawanan berdepan Thailand semalam meskipun tewas 0-4.

    Katanya, Indonesia bermain dengan semangat kerja berpasukan yang tinggi yang perlu dicontohi oleh pasukan Malayan Tigress.

    “Saya melihat pemain sangat komited dan bermain dalam satu pasukan dan sangat penting untuk pasukan kita mengatasi pemain Indonesia kerana pertahanan mereka sangat kuat. Saya harap kita dapat mengutip mata dengan Indonesia,” katanya.

    Dalam pada itu, Jacob menambah bahawa kejohanan AFF akan dijadikan sebagai medan persediaan buat skuad kendaliannya untuk berdepan kelayakan Sukan Olimpik 2024 dan Sukan SEA Kemboja, pada tahun hadapan.

    Selepas menentang Indonesia hari ini, Malaysia akan bertemu Filipina (8 Julai), juara terbanyak dan naib juara edisi 2019 Thailand (10 Julai) seterusnya Australia pada 12 Julai nanti. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...