Friday, September 30, 2022
25.5 C
Brunei

Malaysia Airlines beli 20 jet A330neo

-

PARIS, 15 OGOS – Syarikat induk Malaysia Airlines Bhd, Malaysia Aviation Group (MAG) telah memilih A330neo daripada Airbus untuk program pembaharuan armada pesawat badan lebar syarikat penerbangan itu.

Pada majlis menandatangani memorandum persefahaman untuk pesanan rasmi, MAG menjelaskan perjanjian awal merangkumi pemerolehan 20 pesawat, yang mana, 10 akan dibeli daripada Airbus dan 10 lagi dipajak daripada Avolon yang berpangkalan di Dublin.

Tiada jumlah dikeluarkan untuk transaksi itu, tetapi pesawat itu bernilai AS$296.4 juta mengikut harga katalog terbitan terakhir pada 2018. Syarikat penerbangan biasanya membayar kurang daripada harga yang disenaraikan.

A330neo lebih jimat bahan api akan menggantikan 21 pesawat A330ceo generasi lama secara beransur-ansur dalam armada Malaysia Airlines. A330neo dikuasakan oleh enjin Rolls-Royce Trent 7000. – Bernama/AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -