Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Malaysia Airports raih 52.7 juta trafik penumpang

    KUALA LUMPUR, 27 JAN – Trafik penumpang Malaysia di seluruh rangkaian lapangan terbang tempatan yang dikendalikan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) meraih momentum pada 2022 dengan mencatat peningkatan ketara pergerakan penumpang kepada 52.7 juta berbanding 10.72 juta pada 2021.

    Menurut MAHB, momentum pemulihan pergerakan penumpang domestik berterusan pada 2022 selepas larangan perjalanan antara negeri ditamatkan pada 11 Oktober tahun lepas dengan merekodkan 36.2 juta penumpang pada tahun itu yang mencapai 69.6 peratus daripada paras pada 2019.

    “Pergerakan penumpang antarabangsa mencatat sebanyak 16.5 juta penumpang selepas 17 syarikat penerbangan menyambung kembali perkhidmatan ke 32 bandar, dengan trafik tertinggi ke destinasi di Thailand, Indonesia, Filipina, Korea Selatan, Vietnam dan India,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Pengendali lapangan terbang itu berkata, pertumbuhan tahunan pergerakan penumpang turut disokong oleh pengenalan laluan baharu oleh 27 syarikat penerbangan ke 38 bandar.

    Antara bandar yang meraih pertumbuhan tertinggi pada 2022 berbanding 2021 adalah Denpasar-Bali, Lahore, Ujung Padang, Male, Brisbane, Bangkok, Perth, Phuket, Batam dan Bangalore.

    Secara keseluruhan, sebanyak 59 syarikat penerbangan mengendalikan penerbangan ke 84 destinasi antarabangsa dan 35 destinasi domestik pada 2022 berbanding 48 syarikat penerbangan ke 51 destinasi antarabangsa dan 32 destinasi domestik pada 2021. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...