Malaysia bakal bangun kilang pertama sensor optik

KUALA LUMPUR, 22 FEB – Malaysia telah dikenalpasti sebagai lokasi pilihan syarikat dari Jerman, Leuze electronic GmbH + co. KG, untuk menubuhkan kilang pengeluaran sensor optik pertamanya di Asia Tenggara.

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata Leuze membuat pengumuman rasmi pembukaan kilang baharunya di Melaka pada bulan lepas dan kini dalam fasa pembinaan yang pesat.

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud dalam satu kenyataan berkata keputusan syarikat itu untuk berpindah ke Malaysia bagi pengembangan perniagaannya menyatakan bahawa ia amat yakin dengan negara ini.

MIDA telah memulakan hubungan pertama dengan Leuze pada Disember 2018 dan sejak itu ia terlibat dengan pasukan syarikat untuk memudahkan peruntukan projek berkenaan, terutamanya dalam mendapatkan kelulusan lesen yang diperlukan. – Bernama