Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Malaysia bakal melangkah ke era ‘bilik darjah 4.0’

    SUBANG JAYA – Dengan memperkenalkan Papan Interaktif Viewboard dan teknologi pendidikan, Platform Pembelajaran Visual myViewBoard ViewSonic, jenama terkemuka bagi penyelesaian visual antarabangsa, berhasrat untuk mengurangkan jurang antara kelas fizikal dan pengajaran secara jarak jauh.

    Menurut hasil tinjauan terkini institu penyelidikan FutureSource, cawangan ViewSonic di Malaysia memiliki 32.4 peratus bahagian pasaran papan elektronik interaktif Malaysia, menjadikannya jenama terunggul dalam industri.

    Pengurus Besar ViewSonic Malaysia Chaw Foo Hong berkata, myViewBorad Suite adalah suite perisian teknologi-agnostik yang memberikan guru kefleksibelan untuk menyesuaikan persekitaran pembelajaran mahupun secara serentak atau sebaliknya.

    Menurut beliau, sejak dunia dilanda wabak COVID, ramai yang terpaksa kerja dan menghadiri kelas dari rumah. ViewSonic mengikuti perkembangan revolusi pendidikan, dengan Papan Interaktif ViewBoard yang dilancarkan oleh syarikat pada 2016, serta Platform Pembelajaran Visual myViewBoard yang diperkenalkan pada 2018. Produk-produk ini adalah sesuai dengan keperluan perusahaan dan institusi pendidikan untuk membolehkan kerja dan pengajaran dijalankan dari jarak jauh.

    Beliau menegaskan bahawa penggunaan Papan Interaktif ViewBoard dan Platform Pembelajaran Visual myViewBoard telah berjaya mewujudkan persekitaran pengajaran konduktif untuk pengajaran dan pembelajaran hibrid, meningkatkan interaksi bilik darjah, meningkatkan penyertaan guru dan pelajar, dan meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

    Penggunaan Papan Interaktif ViewBoard dan Platform Pembelajaran Visual myViewBoard telah berjaya mewujudkan persekitaran pengajaran konduktif untuk pengajaran dan pembelajaran hibrid, meningkatkan interaksi bilik darjah, meningkatkan penyertaan guru dan pelajar, dan meningkatkan keberkesanan pembelajaran. – Agensi

    Alat pengajaran yang pelbagai dan menarik oleh myViewBoard juga membawa pengalaman pengajaran yang lebih baik kepada guru.

    “ViewBoard berupaya untuk menyokong saiz skrin yang berbeza, sesuai untuk digunakan dalam pelbagai senario.

    Contohnya, ViewBoard bersaiz kecil boleh digunakan oleh guru semasa mengajar di rumah, dan ia juga mempunyai pelbagai fungsi sentuhan skrin, memberikan pengalaman penulisan tangan yang lancar dan membenarkan pengguna menulis atau melukis pada masa yang sama. ViewSonic akan terus mengoptimumkan dan meningkatkan fungsi Platform Pembelajaran Visual myViewBoard, demi membawa pengalaman penggunaan yang lebih baik.”

    Chaw berkata bahawa ViewSonic Malaysia telah melancarkan lebih daripada 100 seminar dan kursus latihan dalam talian pada tahun 2021, untuk mempercepatkan peralihan daripada pengajaran tradisional kepada pengajaran digital dalam kalangan guru. Pengguna myViewBoard terdiri daripada para pendidik, pelajar dan profesional dari korporat. Kini, terdapat lebih daripada 45,000 pengguna berdaftar di Malaysia dan 4.6 juta pengguna berdaftar di seluruh dunia.

    “ViewSonic juga bersedia untuk membantu para pendidik kembali ke pangkuan kehidupan normal melalui Platform Pembelajaran Visual myViewBoard apabila wabak COVID-19 berakhir, seterusnya memastikan kemajuan pengajaran para pendidik tidak akan terjejas sama ada secara jarak jauh atau fizikal.”

    Beliau menekankan bahawa meskipun sistem pendidikan akan mengalami perubahan pada masa depan, ViewSonic akan tetap mempertahankan komitmen korporatnya, iaitu terus memberi sumbangan kepada bidang pendidikan, dan terus melancarkan lebih banyak produk inovatif untuk membawa pengalaman pengajaran digital yang lebih baik kepada orang ramai, justeru menjadi pemimpin dalam cara pendidikan normal baharu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...