Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Malaysia benam juara bertahan Indonesia

    HANOI, 18 MEI – Skuad sepak takraw Malaysia bermula dengan baik apabila membenam juara bertahan Indonesia dalam acara double pada Sukan SEA ke-31 di Gimnasium Hoang Mai di sini kelmarin.

    Pada aksi pertama Kumpulan E itu, gandingan Aidil Aiman Azwawi dan Muhammad Noraizat Mohd Nordin tidak berdepan masalah untuk menumbangkan pasangan Indonesia Muhammad Hardiansyah dan Saiful Rijal, 21-19, 21-8.

    Kejayaan tersebut hampir pasti meletakkan skuad Malaysia dalam kedudukan terbaik untuk mara ke peringkat separuh akhir apabila dijadual menentang Kemboja pada aksi terakhir peringkat kumpulan.

    Sekiranya, Malaysia layak ke separuh akhir, sekurang-kurangnya pingat gangsa dalam genggaman kerana tiada perlawanan bagi penentuan tempat ketiga dan keempat. Jurulatih Malaysia, Abdul Talib Ahmad, berkata berdasarkan prestasi ditampilkan, skuad Malaysia mampu menghasilkan keputusan terbaik dalam acara tersebut pada temasya kali ini. 

    Beliau juga berharap anak buahnya akan kekal fokus menentang Kemboja nanti dan menamatkan saingan peringkat kumpulan selaku juara. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...