Malaysia benar rentas negeri mulai hari ini

KUALA LUMPUR, 10 OKT – Kerajaan bersetuju membenarkan individu yang sudah lengkap vaksinasi COVID-19 melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis bermula esok.

KUALA LUMPUR, 10 Okt — Suasana di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hari ini kelihatan masih dalam keadaan terkawal selepas kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri esok.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan bersetuju membenarkan individu yang sudah lengkap vaksinasi COVID-19 untuk merentas negeri tanpa perlu mendapatkan Surat Kebenaran Polis bermula esok berikutan kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus.
–fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

(Klik di sini untuk berita lanjut)