‘Malaysia berhak menang’

KUALA LUMPUR, 11 SEPT – Malaysia berhak untuk menang atau sekurang-kurangnya meraih keputusan seri, selepas menampilkan persembahan terpuji ketika berhadapan pasukan gergasi Asia Barat, Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Namun, kegagalan ‘membunuh’ perlawanan lebih awal dengan beberapa peluang keemasan gagal disempurnakan dalam tempoh 25 minit pertama permainan, menyaksikan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe terpaksa akur tewas 1-2, pada aksi Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 itu.

Keputusan penuh perlawanan itu amat pahit untuk ditelan penyerang Malaysia Muhammad Syafiq Ahmad, yang optimis Harimau Malaya mampu melakar kejutan, terutama selepas beliau meletakkan Malaysia di hadapan seawal 36 saat permainan berlangsung.

“Bagi saya berdasarkan apa yang ditampilkan, pasukan negara layak menang malam tadi, tetapi seperti semua orang cakap bahawa bola sepak itu bukan sesuatu yang boleh dijangka.” – Bernama