Saturday, January 25, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Malaysia catat 8 kematian

    KUALA LUMPUR, 18 APRIL – Kes baharu COVID-19 menurun sedikit dengan mencatat 2,195 kes berbanding 2,331 dilaporkan semalam menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak itu di Malaysia setakat ini 375,054 kes.

    Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam Twitter rasmi memaklumkan Sarawak kembali menjadi negeri dengan kes baharu tertinggi hari ini dengan 508 kes, diikuti Selangor (431), Johor (387) dan Kelantan 332 kes.

    Sejumlah 176 kes direkod di Kuala Lumpur, Sabah (112), Pulau Pinang (84), Negeri Sembilan (42), Perak (35), Kedah (30), Terengganu (16), Melaka dan Pahang masing-masing mencatat 15 kes, Labuan (6), Putrajaya (3) dan Perlis (3).

    Kes sembuh pula mencatat 1,427 kes dengan 219 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 90 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

    Lapan lagi kematian direkod hari ini menjadikan jumlah keseluruhan rakyat Malaysia yang meninggal dunia akibat pandemik itu mencecah 1,378 orang setakat ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda