Malaysia catat 862 kes baharu

PUTRAJAYA, 20 OKT – Jumlah kes baharu harian COVID-19 di Malaysia terus mencatatkan angka lebih daripada 800 dengan 862 kes dilaporkan hari ini sekali gus menjadikan angka keseluruhan sebanyak 22,225  kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan virus tersebut sebanyak 7,681 kes.

Beliau berkata tiga kematian dilaporkan hari ini dengan kesemuanya di Sabah, menjadikan kes kumulatif kematian di Malaysia akibat pandemik itu setakat ini 193 kes. –Bernama